Apabila anda mengupah seorang jurufoto untuk merakamkan gambar majlis
perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi
perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat
dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga
yang dikenakan adalah terlalu mahal. Berikut saya senaraikan 5 kos
utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:
1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang
berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan
RM10,000-RM20,000. Selain dari kos pembelian, kos penyelenggaraan
peralatan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis
dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut
nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan
mengambil kira semua kos inilah jurufoto mengenakan harga tertentu untuk
perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurufoto, anda juga
sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.
2) Kemahiran Jurufoto
Untuk menjadi seorang jurufoto yang baik, seseorang itu perlulah
mempunyai kemahiran fotografi yang baik. Selain dari itu, jurufoto juga
perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi,
mempunyai citarasa yang baik dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya
dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman yang memakan
masa bertahun-tahun lamanya. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran
seseorang jurufoto itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan
untuk perkhidmatannya.
3) Masa Perkhidmatan
Jurufoto adalah
seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran
dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurufoto cuma boleh
merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini
bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang
jurufoto. Dengan itu, jurufoto mengenakan harga untuk perkhidmatannya
berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.
4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurufoto selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda,
tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu
menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang
terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki
lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan
sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas
cetakan gambar siap, jurufoto akan meneliti kembali kualiti cetakan
gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai
tahap kualiti yang dikehendaki. Proses ini boleh memakan masa beberapa
hari.
5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang
disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga
perkhidmatan seseorang jurufoto. Antara kos material yang terlibat ialah
kos pengangkutan, cetakan gambar, album, kos promosi serta lain-lain
kos peniagaan.
Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat
dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih
menghargai peranan seorang jurufoto walaupun anda terpaksa mengeluarkan
sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya
berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap
sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang
paling bahagia dalam hidup anda.
Asri? ish..mcm nak kenai.
ReplyDeletemacam member aku ja. tlg drop komen kat blog aku kalau memang betoi 'asri mohamad yusof' ni member aku...:P
hehehe nape x caye...xkn x kenal kita group ppw dl
ReplyDeletetak sangka. cmna blh jumpa blog aku?
ReplyDeletedah tukar profesion pulak ke?
apapun semoga sukses dalam photoghrapy :)
hehehe sj tkr profesion tambah pendapatan kl ada sesape yg nk kawin perlukan bantuan jurugambar bgtau la, aku bg best price and komisen utk hg...blog hg kan glemer tu yg aku dpt cari....hehehe
ReplyDeletekalau inginkan hasil yang berkualiti memang mahal sikit..
ReplyDeletetapi berbaloi lah...
yep mmg btul tu eita....bkn senang utk menjadi seorang pelukis cahaya yg kreatif perlu byk berfikir
ReplyDelete