Saturday, March 31, 2012

LIGHT PAINTING


 .



RAHSIA SEORANG AYAH



BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka.

Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:

Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di
lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.

Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen`penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh
ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.

Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.

Anak Yang Tidak Berbapa.

Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah
mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak.

Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:

-Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.

-Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.

-Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran,terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.

(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)

Tujuh Rahsia Menjadi Ayah Yang Berkesan.

Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan.

Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai `kebapaan’ ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:-

1. Bapa yang komited dan bertanggungjawab.

-Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.

-Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga.

-Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumahtangga, disamping ibu mereka.

-Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika anda terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah.

-Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas dirumah.

Bayangkan `hadiah’ atau `anugerah’ yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!

2. Kenali anak anda.

-Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda.

-Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai,ketakutan,kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka.

-Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.

-Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka.

3. Istiqamah (tetap pendirian)

Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda.

Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.

Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu

-hadkan perubahan mood(jangan terlalu mengikuti perasaan);

-sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan);

-kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin;

4. Sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.

-Melindungi, menyara dan mendoakan

-Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah.

-Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka.

5. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya `mengajar’ anak menangani krisis.

-Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.

-Mencintai ibu mereka.

Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna.

-Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan `keibubapaan’, bukan hanya ibu.

Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak.

Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.

6. Menjadi pendengar yang baik

Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia.

Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan.

Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka berhak’ untuk didengari dan diberi perhatian.

7. Jadikan diri anda `pemimpin’ kerohanian.

-Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan`keimanan’ dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama.

-Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah.

-Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid

-Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit, para nabi, para siddiq, para syuhada' dan para solihin

Kisah2 dan tauladan para kekasih Allah ini akan membuat mereka menjadi idola kepada anak2 dan bukannya para2 artis zaman sekarang yang terang2 tidak boleh dijadikan ikutan


P/S suka tgk Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Danial

Friday, March 30, 2012

FENOMENA KETUM DAN SHISHA





Salam hari jumaat yang indah......penghulu segala hari di mana umat islam lelaki menunaikn tangungjawab solat jumaat berjemaah di masjid....ok cerita bab solat jumaat ni tadi semasa Khatib baca khutbah bertajuk penyalahgunaan daun ketum dan shisha....ok tahukah anda daun ketum sebenarnya adalah bahan perubatan tradisional utk ibu2 yang baru lps bersalin..caranya mudah aje buang urat tgh daun tu dan rebus..kl x buang t org tua2 kata blh memabukkan...bila dah rebus secukupnya minum la segelas...kesanya adalah utuk memulihkan tenaga....begitu juga khasiatnya bg org yg sll lemah2 badan, kurang tenaga atau lemah tenaga batin dan ubat cacing utk kanak2 cara penyediaanya pun sama jg hanya rebus dan bg minum dalam sesudu teh dan titis ke dalam lubang dubur sedikit air tu dan sapu kat pusar pusat anak dgn daun tu, insyalah akan berkurangan fenomena cacing tu, aku pun dah try alhamdulilah berkesan pada anak aku...daun ni jugak mmg bagus utk memulihkan tenaga bagi orang kerja kuat contohnya orang dulu2 guna masa letih buat bendang...tetapi di sebabkan penyalahgunaan yg berluasa skg ni Fatwa negeri kedah telah mengistiharkn  haram minum air ketum...sama juga shisa setiap sedutan selama 20-50 minit bersaaman 100 btg rokok kerana tembakau campuran berperisa di balut dgn kertas aluminium  dan arang menghasil kabon monosida.....so kawan2 sekelian toksah la dok gatai2 nk try shisa...hisap rokok daun sudah...hehehehe

Wednesday, March 28, 2012

NILAI SEORANG JURUGAMBAR PERKAHWINAN

Apabila anda mengupah seorang jurufoto untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah terlalu mahal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM10,000-RM20,000. Selain dari kos pembelian, kos penyelenggaraan peralatan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurufoto mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurufoto, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurufoto
Untuk menjadi seorang jurufoto yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang baik. Selain dari itu, jurufoto juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang baik dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman yang memakan masa bertahun-tahun lamanya. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurufoto itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurufoto adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurufoto cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurufoto. Dengan itu, jurufoto mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurufoto selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurufoto akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Proses ini boleh memakan masa beberapa hari.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurufoto. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurufoto walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

Monday, March 26, 2012

EVENT & FOTO PERKAHWINAN


















































salam.....spt yg di janji kan di uplod kan recent pic event dan wed hehehe bkn nk nunjuk  yer utk tonton nan umum aje ni....kl x lawa blh tego jgn ngutuk lak...ngutuk xdpt pekdah ape pun...peace yor..riham photography aku pya jgk na tu jgn slh fhm plak yer

Sunday, March 25, 2012

SEMINAR JURUFOTO PERKAHWINAN

http://www.shahothman.com/
 khamis malam jumaat 22 mac 2012 aku pergi ke seminar tu...wahh mmg best dapat info2 yang berguna daripada shah othman...ceramah dia bagi mmg berguna la sbb aku x pernah terfikir mcm mana yg dia fikir tu...tapi tu la kn  beza org bisnes dgn org mcm aku ni sklh pun takat tingkatan 3 ja tu pun x habs....bila dah kerja baru la terhegeh2 ambik SPM lain...alhamdulilah akululus juga dgn cemerlang hahahaha....kalau la result camni masa sekolah dulu cfm aku jadi cgu cam kwn2 kelas aku dulu...tp xpela sklh setakat tingktan 3 pun dapat kerja kjaan juga alhamdulilah cukup gaji aku sara anak isteri...hehehe melalut jauh la plak...ok sambung cerita bab seminar tadi, apa yg bro shah othman cakap tu mmg btul ada org yg femes dari segi nama tapi tidak dlm perniagaan....camna kita nk femeskan perniagaan kita seiring dgn ke femesan nama kita tu (aku pun xtau)....cuma apa yg perlu buat ialah berdoa dan usaha kena rajin wat research dan hadiri kursus @ seminar...tapi dalam bidang aku masih mentah menyulur lagi blm merangkak....harap2 org lama2 cam shah othman, abg mruslan escada, saifurizan my sifu dan kwn2 sudi tunjuk jalan...teringin juga ikut kursus saiful nang candid syndrom tapi x mampu la 1 kelas dah 1k x mampu le teman.....

tgu lgi 2 3 hari aku uplod pic wed yg aku buat hehehehe...........