Sunday, February 19, 2012

MAKSUD F STOP

Pernahkah anda terdengar 'otai-otai' memberi komen pasal gambar; 'kalu kurangkan 2 stop, mesti cantik gambar ni'' atau 'kena pakai ND400 ni kalu nak layan Long Exposure sebab ia dapat mengurangkan exposure kepada 8-stop' so apakah yang dimaksudkan '2 stop dan 8 stop' itu?

Sebelum menerangkan prihal F-Stop, apakah hubung kait antara aperture dgn f/stop tersebut? Aperture merujuk kepada size pembukaan diafragma lensa yang mengawal jumlah kemasukan cahaya ke medium (filem/sensor gambar) dan f itu merujuk kepada 'focal length' dalam pengiraan nilaian aperture tersebut.



sumber image dari wordsandlens.blogspot.com

sebagai contoh, kita ada lensa 50mm dengan aperture 4.0, jadi f/4.0 itu merujuk kepada saiz sebenar diameter bukaan diafragma lensa tersebut ialah

f/4.0 = 50mm/4.0 = 12.50mm dia.

dan jika kita buka lagi aperture kepada 2.0, f/2.0 itu mengambarkan saiz diameter semasa itu ialah

f/2.0 = 50mm/2.0 = 25.00mm dia.

Oleh itu perbezaan aperture f/4.0 dengan f/2.0 ialah sebanyak 4 kali kemasukan cahaya dan ianya merujuk kepada luas permukaan diafragma iaitu

untuk f/4.0, luas bukaan ialah  (22/7)*(12.5^2)/4 =122.77mm^2

manakala f/2.0, luas bukaanya (22/7)*(25.0^2)/4 =491.07mm^2

iaitu perbezaan sebanyak 2-Stop (2 x gandaan).

Stop dalam istilah fotografi di sini ialah perbezaan nilaian exposure iaitu dalam bentuk gandaan penuh (full-stop) atau gandaan separuh (half-stop) dari jumlah kemasukan cahaya kepada sensor (medium) tersebut. Terdapat beberapa standard Full-Stop yang merujuk kepada nilai aperture iaitu f-numbers;

1, 1.4, 2, 2.8, 4, 5.6, 8, 11, 16, 22, 32, 45, 64

Kesemua setting diatas dibezakan oleh 'one full exposure value' atau 'one full-stop' dan ia mewujudkan satu skala full f-stop. Kesimpulannya apabila kita menutup lens 50mm daripada aperture f/2.0 kepada f/4.0, kita telah menurunkannya kepada 2 full-stop.

Perlu diingatkan juga, kamera dslr hari ini telah menawarkan 2 tambahan skala f-stop selain dari standard full-stop iaitu skala 'half-stop' dan skala 'third-stop', walau bagaimanapun skala 'standard full-stop' ada dikebanyakan kamera dan mudah untuk dihafal dan dipelajari.

skala 'Half-stop Aperature'
1, 1.2, 1.4, 1.7, 2, 2.4, 2.8, 3.3, 4, 4.8, 5.6, 6.7, 8, 9.5, 11, 13, 16, 19, 22

skala 'Third-stop Aperature'
1, 1.1, 1.2, 1.4, 1.6, 1.8, 2, 2.2, 2.5, 2.8, 3.2, 3.5, 4, 4.5, 5.0, 5.6, 6.3, 7.1, 8, 9, 10, 11, 13, 14, 16, 18, 20, 22


so apakah kegunaan atau kepentingan f-stop aperture ni?

Pertama, f-stop atau bukaan apature ini ialah untuk mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera ketika merakamkan sesuatu gambar. Lebih besar bukaan apature, lebih banyak cahaya yang masuk dan begitu juga sebaliknya..

Kedua, untuk mengawal DOF (depth of field). Salah satu faktor untuk mengawal DOF ialah dengan menggunakan apature setting ini. Lagi besar bukaan apature, lagi tipis DOF dan begitu juga sebaliknya.. apa itu DOF?, nanti kita bincang di lain waktu la ya.. hehehe


Hubungkait F-stop dengan shutter speed

Sebagaimana semua maklum, exposure (dedahan cahaya) amat berkait rapat dengan aperture, shutter speed dan iso. Apa yang ingin dibincangkan sedikit disini adalah apakah hubungkait f/stop dengan aperture dan shutter speed?

Selalunya perbezaan aperture ditandakan dalam 'f/stop', perubahan kelajuan shutter biasanya hanya dipanggil 'stop' atau mungkin nilai dedahan (exposure); contoh selalu orang bercakap pasal slow shutter dan ada juga orang memanggilnya long exposure iaitu melibatkan kelajuan shutter.

Andaikan kita ingin merakam air terjun pada waktu pagi, sebagai contoh dengan ISO 100, set aperture kepada f/16 dan kelajuan shutter yang ditetapkan pada waktu itu ialah 1/8sc dan hasilnya kita akan melihat motion pada air terjun tersebut. Andaikan kita ingin bekukan pergerakan air terjun tersebut dengan ketetapan exposure yang telah digunakan sebelum ini. Apa yang perlu ialah kita tetapkan kelajuan shutter pada kadar yang tinggi.

Dengan mengandaikan kita mengetahui berapa f-stop yang perlu ditambah pada kelajuan shutter tersebut, dengan mudah boleh mengira nilai aperture yang sesuai dengannya. contohnya jika kita meningkatkan kelajuan shutter kepada 1/500sc, yang perbezaan f-stopnya adalah 6-stop, oleh itu ketetapan aperture kita ialah f/2.0

contoh kesalingan aperture vs shutter speed (bukan satu ketetapan umum ni.. contoh sahaja)

sumber image dari NikonClub | Malaysia

Akhir sekali, jika ada kekurangan atau kesilapan info yang dinyatakan, diharap rakan-rakan dapat memberi teguran agar kesilapan itu dapat diperbaiki dan seterusnya dengan sedikit penerangan di atas semoga ianya dapat membantu teman-teman yang lain untuk berlanskap dengan lebih baik lagi.

sekian, wassalam (COPY PASTE DRI CGU RAJA KAMAL RAJA HUSIN

Thursday, February 2, 2012

Nur Aufaa Huda








alhamdulilah anakku yg ke 2 ni sihat walaafiat dh masuk bulan ke 2 kelahiran, syukur ke hadrat ilahi....tp si abgnya pula alahai sguh menguji kesabaran aku dan isteri....mlm2 selagi x pkl 1-2 pagi xmau tdo aktif spjg masa.....kekadang tu mental juga aku dptseliang....nk sakit dulu baru nk tdo aduhai syg anak ayah...tapi yg baiknya si abg ni mahu berdikari...semua dia nk buat sdri...umur setahun 8 bulan dah pandai pakai seluar sendiri, tekojut juge den....1 satu je x blh ckp ape yg die nk...kl nak sesuatu tarik ibu @ ayah pi tunjuk kat dapur....cpt2 la blh sebut syg

Wednesday, September 14, 2011

MEMBUAT KEPUTUSAN KRITIKAL

Apabila keputusan Pengadil adalah berdasarkan pendapatnya, kebolehan untuk melaksanakan keputusan sedemikian untuk menghukum, bergantung kepada tindakbalas pemain. Jika anda boleh lakukannya dalam sekelip mata, dan melakukannya dengan tegas, iaitu ia perlu dilihat sebagai betul pada masa itu (walaupun orang lain mungkin berkeputusan berlainan) – bolasepak adalah sesuai untuk anda (Julian Carosi).
Terdapat banyak situasi di dalam permainan, Pengadil membuat keputusan yang tidak semestinya sejajar dengan 17 Undang-undang itu. Kebolehan membuat interpretasi adalah asset utama dalam kuasa Pengadil. Kefahaman yang mendalam terhadap 17 Undang-undang itu tidak cukup untu menghasilkan seorang pengadil yang baik, kebolehan membuat keputusan dengan menggunakan Undang-undang sebagai komponen utama, digembelingkan dengan naluri logik, penilaian kendiri, perbincangan pasca perlawanan, ‘Spirit of the Game’ dan ‘Fair Play’.
Untuk membolehkan Pengadil membuat keputusan yang betul, pengetahuan yang menyeluruh tentang Undang-undang adalah penting. Adalah tidak adil kepada pemain, jika Pengadil membuat keputusan yang salah berpandu kepada kekurangan pengetahuan Undang-undang. Kecergasan fizikal dan mental membantu dalam membuat keputusan yang tepat. Sifat mudah menjadi letih di dalam permainan boleh menggangui kebolehan untuk membuat keputusan yang betul. Oleh itu, Pengadil yang letih mudah melakukan kesilapan dalam proses membuat keputusan. Pengadil yang terlalu letih, atau mempunyai kesan sampingan yang lepas (past or prior experiences) tidak boleh mengadili dengan sempurna. Keputusan di dalam padang perlu dibuat dengan pantas, yakin dan tenang. Mempercayai diri sendiri dan keyakinan akan keputusan sendiri akan menjadikan keputusan itu betul.
“Untuk menjadi pengadil yang baik, anda perlu boleh mengasingkan diri dari pemain-pemain dan pemain yang sering mengerang atau berkata-kata setiap kali anda membuat keputusan. Jika anda tidak dapat melakukannya, anda akan terseksa sebagai Pengadil. Setiap situasi keputusan Pengadil perlu dibuat seolah-olah ia adalah keputusan pertama di dalam perlawanan tersebut. Pengadil tidak boleh membawa bersamanya ingatan lepas. “Setiap pengadil mempunyai mata yang baik dan telinga yang buruk” – Jan Wegereef.
Terdapat empat jenis keputusan di dalam sesuatu perlawanan:
1. Keputusan ‘Statuatory’ – berdasarkan Undang-undang
2. Keputusan Interpretasi – pendapat Pengadil
3. Keputusan ‘Impossible’ – ‘best guess’, ‘benefit of the doubt’ atau equal decision’
4. Keputusan ‘Critical’ – memerlukan keyakinan, ketepatan dan keberanian

1. Keputusan ‘Statuatory’
Keputusan dibuat berpandukan Undang-undang Permainan. Sebagai contohnya, pemain yang memukul mesti diperintah keluar; lontaran ke dalam adalah permulaan semula yang betul jika boleh melintasi garisan tepi; Jika pengadil mengesahkan suatu jaringan, dia tidak boleh membatalkannya jika permainan telah dimulakan semula; pemain tidak boleh ofsaid jika menerima bola terus dari suatu sepakan gol.
Keputusan ini bergantung kepada pengetahuan Pengadil terhadap Undang-undang serta mengemaskini diri kepada perkembangan terkini. Keputusan ini paling mudah kerana pengadil tahu atau sepatutnya tahu, hukuman bagi semua kesalahan. Perkara lain ialah syarat-syarat ketika sepakan gol, sepakan percuma di dalam atau di luar kawasan penalti, sepakan penalti dan sebagainya.

2. Keputusan Interpretasi
Bolasepak adalah sukan yang membenarkan Pengadil flesibiliti dalam membuat interpretasi dan melaksanakan Undang-undang secara subjektif atau ikut pendapatnya. Walaupun Pengadil dilatih agar konsisten dalam melaksanakan Undang-undang – keindividualan juga adalah dibenarkan. Setiap Pengadil mempunyai gaya, had dan tahap ketahanan sendiri. Fleksibiliti ini menambahkan kepada kesamaran, ketidak-jangkaan dan keseronokan permainan ini di serata dunia ini. Undang-undang membolehkan Pengadil dan juga Bolasepak untuk mengekalkan sifat manusia. Pengadil bersifat pengalaman dan pengubahsuai. Ini membolehkan sifat Pengadil untuk berkembang dan menambahkan keseronokan perlawanan seterusnya.
Interpretasi Undang-undang adalah kemahiran yang tercapai dari pengalaman dan juga perbincangan dengan rakan Pengadil yang lain. Lulus dalam peperiksaan Pengadil adalah mudah tetapi melaksanakan Undang-undang dan menguruskan manusia di padang adalah sukar. ‘Common Sense’ dan interpretasi Undang-undang yang digunakan secara adil membezakan pengadil yang baik dengan yang tidak.
Contoh keputusan yang menggunakan interpretasi Pengadil adalah:
a. Adakah pemain yang mengkasari pemain perlu diberi amaran?
b. Adakah penyerang yang berkedudukan ofsaid, terlibat dalam permainan aktif?
c. Adakah takel itu salah atau tidak?
d. Adalah ‘handball’ itu sengaja”
e. Bolehkah pengadil membuat jatuhan bola hanya kepada penjaga gol ?

Cara terpantas untuk pengadil baru mempelajari kemahiran membuat interpretasi undang-undang ialah dengan mengadili seberapa banyak perlawanan dan belajar dari pengalaman; berinteraksi dengan rakan pengadil lain dan membaca bahan pengadilan; dan mempelajari dari menonton seberapa banyak perlawanan. Pengadil baru yang tidak melakukan mana-mana cadangan di atas mengabil masa yang lebih lama untuk membina kemahiran interpretasi undang-undang dan kemahiran mengurus manusia. Pengadil yang kerap melakukannya akan cepat meningkat dan lebih cepat diterima oleh masyarakat bola sepak.


3. Keputusan ‘Impossible’
Terdapat juga keadaan yang menjadi mustahil untuk pengadil membuat keputusan yang tepat. Sebagai contohnya, tanpa melihat dengan jelas bola keluar untuk lontaran ke dalam (kepada siapa lontaran itu?); sepakan gol atau sepakan penjuru? Bola terdorong ke hadapan kepada pemain yang berkedudukan ofsaid (siapa yang menyentuh bola itu?); pengadil jauh dari bola (ofsaid atau teruskan permainan?).
Membuat keputusan yang salah lebih baik dari membuat keputusan yang tidak pasti – dan membuat keputusan yang salah lebih baik dari tiada keputusan langsung. Jika kedua-dua pemain bersalah (dangerous play) ada keputusan lebih baik dari jatuhan bola. Jika keputusan sedemikian perlu dibuat juga anda perlu kelihatan tegas, cepat, positif, berdiri tegak, beri isyarat jelas, jangan ubah keputusan atau dipengaruhi, jujur, keputusan anda lebih penting dari orang lain, keputusan anda kelihatan betul walaupun anda salah, usah bimbang semua orang berasa anda salah – anda betul.


4. Keputusan ‘Critical’
Keputusan kritikal adalah keputusan yang mengakibatkan keputusan berubah (gol atau tidak gol), penalti atau tidak penalti, perintah keluar atau tidak dan sebagainya. Kemahiran ini membezakan pengadil yang hebat dari pengadil yang biasa. Pengadil ini akan memperolehi ‘respect’ dari semua pemain, pegawai dan juga rakan pengadil serta masyarakat bolasepak.
Faktor-faktor yang mempengaruhi Pengadil dalam membuat keputusan ini:
a. kecergasan - kelajuan permainan
b. kedudukan atau posisi - jarak insiden dari pengadil
c. penglihatan menyeluruh – clear overall vision
d. pengalaman
e. insiden sebelum di dalam perlawanan yang sama
f. insiden buruk sebelum di dalam perlawanan lepas
g. keberanian
h. tempat atau stadium - keadaan keselamatan stadium
i. faktor-faktor lain.

Adalah dinasihatkan agar pengadil sentiasa mengikuti rentak permainan) keep up with play), sentiasa cergas sebaik mungkin (make sure you are as fit as possible), cuba mengekalkan penglihatan sisi untuk sentiasa melihat permainan, dan pelajari Undang-undang secara ‘inside-out’. Ini membolehkan pengadil berasa yakin dengan keputusannya iaitu tidak sering menukar keputusan bola disergah oleh pemain atau dikritik. Pemain akan menghormati keputusan yang kuat (walaupun salah) dari keputusan yang lemah atau tidak tegas.
Pengadil tidak seharusnya ‘kurang tidur’ merisaukan sama ada telah membuat keputusan yang betul di dalam sesuatu perlawanan – asalkan dia telah membuat keputusan yang jujur ketika itu. Walaupun Pengadil atau Penolong Pengadil membuat keputusan yang salah – ia adalah keputusan yang betul bagi perlawanan tersebut, kerana keputusan Pengadil berdasarkan kepada fakta adalah muktamad. Keputusan yang mustahil berlaku dalam sekelip masa, dan pengadil perlu buat keputusan yang spontan dan teruskan permainan. Jika pengadil menunjukkan kelemahan atau ketidak-tentuan dalam membuat keputusan, pemain, penonton, pegawai pasukan akan menggunakan peluang dari itu. Perlu tegas dan positif dan menerima bahawa keputusan anda itu adalah kesilapan tulen yang jujur, tetapi ia tentunya tidak dilakukan dengan sengaja. Tanpa menghiraukan sama ada anda telah memberikan kelebihan (benefitr of the doubt) kepada pasukan bertahan atau menyerang, atau kedua-duanya, SENTIASA konsisten sepanjang perlawanan.
Jika anda was-was dan rasa telah membuat keputusan yang salah, jangan diberitahu kepada pemain – biar POSITIF dan jangan ubah keputusan asal itu atau mengimbanginya dengan membuat satu lagi keputusan yang salah untuk pihak lawan.
Terdapat ketika, sebagai Pengadil anda perlu membuat keputusan yang betul mengikut Undang-undang, keputusan yang anda tidak gemar atau suka melakukannya. Biasa bila Pengadil membuat keputusan ini, kepalanya tunduk sedikit dan bahunya ke hadapan. Oleh itu berdiri tegak dan bahu ke hadapan ketika membuat keputusan – ini akan mencerminkan ketegasan dan keyakinan dan membolehkan anda menerima kerjasama dari pemain.
Kadang-kala sebaik saja Pengadil membuat keputusan dia tiba-tiba sedar akan kesilapannya. Jangan bimbang, kejujuran aadalah kata kuncinya. Dalam situasi ini, ubah keputusan asalkan permainan belum dimulakan semula. Pemain biasanya menerima kesilapan yang jujur diperbetulkan – Pengadil hanya mengakui kesilapan pertama itu.
Adalah tidak penting apabila keputusan mustahil yang dibuat oleh Pengadil adalah salah atau betul mengikut fakta. Apa yang lebih penting ialah Pengadil telah membuat keputusan yang jujur – keputusan yang dianggap betul pada detik masa itu.