Apabila keputusan Pengadil adalah berdasarkan pendapatnya, kebolehan  untuk melaksanakan keputusan sedemikian untuk menghukum, bergantung  kepada tindakbalas pemain. Jika anda boleh lakukannya dalam sekelip  mata, dan melakukannya dengan tegas, iaitu ia perlu dilihat sebagai  betul pada masa itu (walaupun orang lain mungkin berkeputusan berlainan)  – bolasepak adalah sesuai untuk anda (Julian Carosi).
Terdapat  banyak situasi di dalam permainan, Pengadil membuat keputusan yang tidak  semestinya sejajar dengan 17 Undang-undang itu. Kebolehan membuat  interpretasi adalah asset utama dalam kuasa Pengadil. Kefahaman yang  mendalam terhadap 17 Undang-undang itu tidak cukup untu menghasilkan  seorang pengadil yang baik, kebolehan membuat keputusan dengan  menggunakan Undang-undang sebagai komponen utama, digembelingkan dengan  naluri logik, penilaian kendiri, perbincangan pasca perlawanan, ‘Spirit  of the Game’ dan ‘Fair Play’.
Untuk membolehkan Pengadil membuat  keputusan yang betul, pengetahuan yang menyeluruh tentang Undang-undang  adalah penting. Adalah tidak adil kepada pemain, jika Pengadil membuat  keputusan yang salah berpandu kepada kekurangan pengetahuan  Undang-undang. Kecergasan fizikal dan mental membantu dalam membuat  keputusan yang tepat. Sifat mudah menjadi letih di dalam permainan boleh  menggangui kebolehan untuk membuat keputusan yang betul. Oleh itu,  Pengadil yang letih mudah melakukan kesilapan dalam proses membuat  keputusan. Pengadil yang terlalu letih, atau mempunyai kesan sampingan  yang lepas (past or prior experiences) tidak boleh mengadili dengan  sempurna. Keputusan di dalam padang perlu dibuat dengan pantas, yakin  dan tenang. Mempercayai diri sendiri dan keyakinan akan keputusan  sendiri akan menjadikan keputusan itu betul.
“Untuk menjadi pengadil  yang baik, anda perlu boleh mengasingkan diri dari pemain-pemain dan  pemain yang sering mengerang atau berkata-kata setiap kali anda membuat  keputusan. Jika anda tidak dapat melakukannya, anda akan terseksa  sebagai Pengadil. Setiap situasi keputusan Pengadil perlu dibuat  seolah-olah ia adalah keputusan pertama di dalam perlawanan tersebut.  Pengadil tidak boleh membawa bersamanya ingatan lepas. “Setiap pengadil  mempunyai mata yang baik dan telinga yang buruk” – Jan Wegereef.
 Terdapat empat jenis keputusan di dalam sesuatu perlawanan:
1. Keputusan ‘Statuatory’ – berdasarkan Undang-undang
2. Keputusan Interpretasi – pendapat Pengadil
3. Keputusan ‘Impossible’ – ‘best guess’, ‘benefit of the doubt’ atau equal decision’
4. Keputusan ‘Critical’ – memerlukan keyakinan, ketepatan dan keberanian
1. Keputusan ‘Statuatory’
Keputusan  dibuat berpandukan Undang-undang Permainan. Sebagai contohnya, pemain  yang memukul mesti diperintah keluar; lontaran ke dalam adalah permulaan  semula yang betul jika boleh melintasi garisan tepi; Jika pengadil  mengesahkan suatu jaringan, dia tidak boleh membatalkannya jika  permainan telah dimulakan semula; pemain tidak boleh ofsaid jika  menerima bola terus dari suatu sepakan gol.
Keputusan ini bergantung  kepada pengetahuan Pengadil terhadap Undang-undang serta mengemaskini  diri kepada perkembangan terkini. Keputusan ini paling mudah kerana  pengadil tahu atau sepatutnya tahu, hukuman bagi semua kesalahan.  Perkara lain ialah syarat-syarat ketika sepakan gol, sepakan percuma di  dalam atau di luar kawasan penalti, sepakan penalti dan sebagainya.
2. Keputusan Interpretasi
Bolasepak  adalah sukan yang membenarkan Pengadil flesibiliti dalam membuat  interpretasi dan melaksanakan Undang-undang secara subjektif atau ikut  pendapatnya. Walaupun Pengadil dilatih agar konsisten dalam melaksanakan  Undang-undang – keindividualan juga adalah dibenarkan. Setiap Pengadil  mempunyai gaya, had dan tahap ketahanan sendiri. Fleksibiliti ini  menambahkan kepada kesamaran, ketidak-jangkaan dan keseronokan permainan  ini di serata dunia ini. Undang-undang membolehkan Pengadil dan juga  Bolasepak untuk mengekalkan sifat  manusia. Pengadil bersifat pengalaman  dan pengubahsuai. Ini membolehkan sifat Pengadil untuk berkembang dan  menambahkan keseronokan perlawanan seterusnya.
Interpretasi  Undang-undang adalah kemahiran yang tercapai dari pengalaman dan juga  perbincangan dengan rakan Pengadil yang lain. Lulus dalam peperiksaan  Pengadil adalah mudah tetapi melaksanakan Undang-undang dan menguruskan  manusia di padang adalah sukar. ‘Common Sense’ dan interpretasi  Undang-undang yang digunakan secara adil membezakan pengadil yang baik  dengan yang tidak.
Contoh keputusan yang menggunakan interpretasi Pengadil adalah:
a. Adakah pemain yang mengkasari pemain perlu diberi amaran?
b. Adakah penyerang yang berkedudukan ofsaid, terlibat dalam permainan aktif?
c. Adakah takel itu salah atau tidak?
d. Adalah ‘handball’ itu sengaja”
e. Bolehkah pengadil membuat jatuhan bola hanya kepada penjaga gol ?
Cara  terpantas untuk pengadil baru mempelajari kemahiran membuat  interpretasi undang-undang ialah dengan mengadili seberapa banyak  perlawanan dan belajar dari pengalaman; berinteraksi dengan rakan  pengadil lain dan membaca bahan pengadilan; dan mempelajari dari  menonton seberapa banyak perlawanan. Pengadil baru yang tidak melakukan  mana-mana cadangan di atas mengabil masa yang lebih lama untuk membina  kemahiran interpretasi undang-undang dan kemahiran mengurus manusia.  Pengadil yang kerap melakukannya akan cepat meningkat dan lebih cepat  diterima oleh masyarakat bola sepak.
3. Keputusan ‘Impossible’
Terdapat  juga keadaan yang menjadi mustahil untuk pengadil membuat keputusan  yang tepat. Sebagai contohnya, tanpa melihat dengan jelas bola keluar  untuk lontaran ke dalam (kepada siapa lontaran itu?); sepakan gol atau  sepakan penjuru? Bola terdorong ke hadapan kepada pemain yang  berkedudukan ofsaid (siapa yang menyentuh bola itu?); pengadil jauh dari  bola (ofsaid atau teruskan permainan?).
Membuat keputusan yang salah  lebih baik dari membuat keputusan yang tidak pasti – dan membuat  keputusan yang salah lebih baik dari tiada keputusan langsung. Jika  kedua-dua pemain bersalah (dangerous play) ada keputusan lebih baik dari  jatuhan bola. Jika keputusan sedemikian perlu dibuat juga anda perlu  kelihatan tegas, cepat, positif, berdiri tegak, beri isyarat jelas,  jangan ubah keputusan atau dipengaruhi, jujur, keputusan anda lebih  penting dari orang lain, keputusan anda kelihatan betul walaupun anda  salah, usah bimbang semua orang berasa anda salah – anda betul.
4. Keputusan ‘Critical’
Keputusan  kritikal adalah keputusan yang mengakibatkan keputusan berubah (gol  atau tidak gol), penalti atau tidak penalti, perintah keluar atau tidak  dan sebagainya. Kemahiran ini membezakan pengadil yang hebat dari  pengadil yang biasa. Pengadil ini akan memperolehi ‘respect’ dari semua  pemain, pegawai dan juga rakan pengadil serta masyarakat bolasepak.
Faktor-faktor yang mempengaruhi Pengadil dalam membuat keputusan ini:
a. kecergasan - kelajuan permainan
b. kedudukan atau posisi - jarak insiden dari pengadil
c. penglihatan menyeluruh – clear overall vision
d. pengalaman
e. insiden sebelum di dalam perlawanan yang sama
f. insiden buruk sebelum di dalam perlawanan lepas
g. keberanian
h. tempat atau stadium - keadaan keselamatan stadium
i. faktor-faktor lain.
Adalah  dinasihatkan agar pengadil sentiasa mengikuti rentak permainan) keep up  with play), sentiasa cergas sebaik mungkin (make sure you are as fit as  possible), cuba mengekalkan penglihatan sisi untuk sentiasa melihat  permainan, dan pelajari Undang-undang secara ‘inside-out’. Ini  membolehkan pengadil berasa yakin dengan keputusannya iaitu tidak sering  menukar keputusan bola disergah oleh pemain atau dikritik. Pemain akan  menghormati keputusan yang kuat (walaupun salah) dari keputusan yang  lemah atau tidak tegas.
Pengadil tidak seharusnya ‘kurang tidur’  merisaukan sama ada telah membuat keputusan yang betul di dalam sesuatu  perlawanan – asalkan dia telah membuat keputusan yang jujur ketika itu.  Walaupun Pengadil atau Penolong Pengadil membuat keputusan yang salah –  ia adalah keputusan yang betul bagi perlawanan tersebut, kerana  keputusan Pengadil berdasarkan kepada fakta adalah muktamad. Keputusan  yang mustahil berlaku dalam sekelip masa, dan pengadil perlu buat  keputusan yang spontan dan teruskan permainan. Jika pengadil menunjukkan  kelemahan atau ketidak-tentuan dalam membuat keputusan, pemain,  penonton, pegawai pasukan akan menggunakan peluang dari itu. Perlu tegas  dan positif dan menerima bahawa keputusan anda itu adalah kesilapan  tulen yang jujur, tetapi ia tentunya tidak dilakukan dengan sengaja.  Tanpa menghiraukan sama ada anda telah memberikan kelebihan (benefitr of  the doubt) kepada pasukan bertahan atau menyerang, atau kedua-duanya,  SENTIASA konsisten sepanjang perlawanan.
Jika anda was-was dan rasa  telah membuat keputusan yang salah, jangan diberitahu kepada pemain –  biar POSITIF dan jangan ubah keputusan asal itu atau mengimbanginya  dengan membuat satu lagi keputusan yang salah untuk pihak lawan.
Terdapat  ketika, sebagai Pengadil anda perlu membuat keputusan yang betul  mengikut Undang-undang, keputusan yang anda tidak gemar atau suka  melakukannya. Biasa bila Pengadil membuat keputusan ini, kepalanya  tunduk sedikit dan bahunya ke hadapan. Oleh itu berdiri tegak dan bahu  ke hadapan ketika membuat keputusan – ini akan mencerminkan ketegasan  dan keyakinan dan membolehkan anda menerima kerjasama dari pemain.
Kadang-kala  sebaik saja Pengadil membuat keputusan dia tiba-tiba sedar akan  kesilapannya. Jangan bimbang, kejujuran aadalah kata kuncinya. Dalam  situasi ini, ubah keputusan asalkan permainan belum dimulakan semula.  Pemain biasanya menerima kesilapan yang jujur diperbetulkan – Pengadil  hanya mengakui kesilapan pertama itu.
Adalah tidak penting apabila  keputusan mustahil yang dibuat oleh Pengadil adalah salah atau betul  mengikut fakta. Apa yang lebih penting ialah Pengadil telah membuat  keputusan yang jujur – keputusan yang dianggap betul pada detik masa  itu. 
No comments:
Post a Comment